Thursday, November 22, 2007

Surat Jemputan & Hari Pertama



KEM ICT KPERAK KIDZ
SUNGAI SIPUT, PERAK DARUL RIDZUAN

Memandangkan semua guru lain ada urusan masing-masing maka aku menawarkan khidmat sebagai guru pengiring murid ke Kem ICT Perak Kidz bersama-sama dengan Azli. Mulanya sayang juga hendak meninggalkan keluarga di waktu cuti ini tetapi ICT memang minatku walaupun aku tak cekap. Tarikan ICT tulah yang membuatkanku datang ke Kem ICT KPerak Kidz ini. Sambil membawa harapan, bila pulang nanti aku sudah ada sedikit ilmu yang boleh dikongsi bersama dengan rakan sekerja serta anak-anak muridku.

Tanggal 19 November 2007, aku sudah mula bersiap sejak awal pagi lagi untuk membawa merid-muridku ke kem ini. Pada mulanya enam orang murid sudah bersetuju untuk mengikuti kem ini tapi di saat-saat akhir seorang murid lelaki menarik diri. Puas sudah kupujuk namun tak mahu juga jawapannya. Bermulalah destinasi kami ke kem ini dan lebih kurang jam 10.30 pagi sampailah kami di sini. Pengurus projek beserta dengan fasilitatornya sudah sedia menanti ketibaan kami. Pendaftaran pun bermula dengan murid-muridku diberi segala peralatan yang diperlukan di sepanjang masa berada di kem ini.

No comments: