Friday, November 23, 2007

Memori Semalam

Kenangan Indah

http://widget-ae.slide.com/widgets/slideticker.swf" height="320" width="426" style="width:426px;height:320px">http://widget-ae.slide.com/widgets/slideticker.swf" />

Hari Kelima - 24 November

Hari Kelima - 23 November 2007

Thursday, November 22, 2007

Hari Ke 4 - 22 November 2007

Sekali lagi pagi ini, hanya senaman mata dapat dilakukan. Nak buat macamana, sports attire tak ada. Jam lapan, kelas bermula. Hari ini peserta diajar aplikasi hamparan kerja ataupun 0ffice Cal. Selama ini hanya ku kenali sebagai Excel. Sesungguhnya ia satu pengalaman baru bagi murid-muridku kerana aku sendiri tak pernah mendedahkan pelajaran ini kepada mereka.

Pembelajaran di atas berlangsung sehingga ke petang. Sebelum tiba waktu makan tengahari, aku dapati ada di antara peserta yang sudah mula letih dengan pengiraan matematik. Apatah lagi perut sudah pun berkeroncong. Kalau di sekolah pembelajaran matematik ini lebih sesuai diajar pada waktu pagi kerana ia satu matapelajaran yang berat. Bila kelas petang bermula, aktiviti yang di atur sesungguhnya memang menarik, peserta ditarik balik semangat mereka dengan bermain game yang diakses dari internet. Apa lagi..........!! dunia mereka yang punyalah. Memang resmi kanak-kanak suka pada game.

Jam lapan malam, inilah saat-saat yang aku tunggu. Slot membina blog ini sudah lama inginku belajar tapi masih tak jumpa tok gurunya. Rupa-rupanya Cik Zana, yang ditunggu-tunggu selama ini. Nampaknya semua peserta dari kalangan guru memang berminat dengan slot ini. Kelas dah jadi macam bursa saham. Masing-masing sibuk bertanya. Maklumlah nak berkongsi idea dengan kawan-kawan di internet.

Setelah bertungkus lumus mendaftar dengan G-mail, kemudiannya mula belajar cara membuat blog personal. Akhirnya, aku telah berjaya mempunyai blog ku sendiri. Terima kasih pada Cik Zana kita. Ni bukan bodek tau. Ikhlas ni!!!!

Hari Ke 3 - 21 November 2007

Hari ini rasa segar sikit bangun pagi tapi tension juga. Sebabnya ada seorang budak tu....., kunci jam nak bangun awallah kononnya tapi jam loceng dia bunyi dekat setengah jam, dia tak bangun-bangun juga.

Pagi ini, macam biasalah macam semalam juga bila aktiviti senaman pagi. Melopong tengok orang buat senaman. Rasa nak join tapi apakan daya......pakaian sesuai tak ada. Kaki ni, tergerak-gerak nak ikut muzik.

Hari Ke 2 - 20 September 2007

Pagi ini ku bangun dengan sakit-sakit badan. Letih bawa kereta semalam belum lagi hilang. Murid-muridku nampak bertenaga. Maklumlah cukup tidur. Hari ini semua aktiviti dapat menarik murid-murid tak kurang juga dari guru. Aku sangat tertarik dengan aktiviti-aktiviti selingan yang dijalankan untuk menarik perhatian murid-murid. Aktiviti tepukan terima kasih, Waacha, Alleycats, Sayang dan lain-lain lagi memang membuatkanku teruja. Dapatlah idea sikit untuk di bawa pulang ke sekolah. Memang tak rugi datang ke sini walaupun terpaksa berkorban meninggalkan family di rumah.