Thursday, November 22, 2007

Hari Ke 2 - 20 September 2007

Pagi ini ku bangun dengan sakit-sakit badan. Letih bawa kereta semalam belum lagi hilang. Murid-muridku nampak bertenaga. Maklumlah cukup tidur. Hari ini semua aktiviti dapat menarik murid-murid tak kurang juga dari guru. Aku sangat tertarik dengan aktiviti-aktiviti selingan yang dijalankan untuk menarik perhatian murid-murid. Aktiviti tepukan terima kasih, Waacha, Alleycats, Sayang dan lain-lain lagi memang membuatkanku teruja. Dapatlah idea sikit untuk di bawa pulang ke sekolah. Memang tak rugi datang ke sini walaupun terpaksa berkorban meninggalkan family di rumah.

No comments: